Saturday 29 November 2014

INSAN BERIMAN

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… Seorang insan itu hatinya sering teruji dgn dunia menjadikan dirinya tergoda akan keasyikannya, Namun dia tidak membiarkan dirinya terusan tergoda kerana dia insan beriman.. Seorang insan itu hatinya sering berubah-ubah ke kiri ke kanan ke atas ke bawah, Saat hatinya tertolak ke bawah tidak dia rebah kerna iman,dia kembali pada Yang Maha Esa.. Seorang insan itu acap kali dia tersilap langkah menyebabkan dia tersesat dalam kebuntuan, Namun tidak dia kekal lumpuh kerana petunjuk Illahi sentiasa menyuluh jalan insan beriman.. Seorang insan itu sering terjatuh menarik kegelapan mampir kepadanya, Namun insan beriman tdk akn terserap ke dalamnya kerna Cahaya Illahi tidak akan pernah padam Bagai mentari memancar terang pabila malam terusan memancar melalui bulan.. Maka insan,Mari kita menjadi insan BERIMAN yg luar biasa hebatnya,disisi ALLAH S.W.T.. Namun iman sahaja tidak cukup untuk menjadi luar biasa,TAQWA juga perlu menjadi peneman setia,.. #MariMenjadiHamba_Yang Maha Berkuasa

No comments:

Post a Comment