Tuesday 9 December 2014

Menuju Wawasan

http://youtu.be/_0SQ_JQfeoQ

Langkahan Perubahan

Aku termenung sendiri.Pandangan dihalakan keluar jendela.Kebosanan menyelimuti.Duniaku terasa kosong,jiwaku kelam,hatiku sunyi.Nafas kuhela berat.Sampai kapan aku ingin begini.Kata-kata yang hanya didengari aku sendiri.Tambahan lagi ianya hanya bergema dalam hati.Aku meraup wajah. ‘Banyak sekali dosa yang telah aku tabur didunia ini,bilakah hati ini akan suci?Sampai bila aku harus begini?Menanti datangnya hari tanpa melakukan apa-apa?Membiarkan masa berlalu tanpa memandang kedepan?Entahlah.Siapakah yang dapat menjawab persoalan ini?’ monolog ku tinggal bersendiri tanpa ada yang memberi jawapan.. Aku bangun dari duduk.Menbawa langkah keluar dari kamar.Tanganku pantas membuka peti ais.Kosong.Aku mengeluh lagi.Nampaknya aku perlu keluar hari ini untuk mencari makanan agar perut yang berlagu keroncong ini diam.Agar aku bisa meneruskan kehidupan tanpa gangguan yang menyakitkan. Aku berjalan tanpa menghiraukan keadaan bising sekeliling.Wajah ku lurus kedepan.Tiba-tiba aku mendengar suara meminta tolong.seorang lelaki memakai topi keledar sedang berlari lurus kearah ku. Melihat ditangan lelaki itu tergenggam beg tangan,aku mengagak dialah punca kekecohan tadi.Terus aku mengangkat kaki sekaligus menyebabkan sang peragut hilang keseimbangan badan.Tanpa perlu aku melakukan tindakan susulan,orang ramai terlebih dahulu mengerumi lelaki tersebut.Aku mengangkat beg yang sudah terjelupuk dilantai.Aku mengebas kotoran yang terlekat pada beg tersebut. “Beg saya,itu beg saya.” Satu suara bebicara dalam keadaan termengah.Seorang gadis berumur sekitar 17 tahun,menghulur tangan tanda meminta begnya kembali.Tanpa bicara dia menghulur. “Alhamdulillah..Erm,terima kasih sangat sebab tolong saya.Hanya ALLAH yang dapat balas jasa awak.” Gadis itu menunduk sedikit,tanda penghormatan.Tanpa bicara mahupun senyuman aku memusing tubuh ingin berlalu dari situ. “Eh,tunggu.” Langkahku terhenti. Aku mengangkat kening sebelah,isyarat bertanya mahu apa lagi.?Ekspresi tanpa perasaan ku tayang. Tangan si gadis menghulur sesuatu.Berkerut dahiku,inikan…..Aku teragak-agak untuk menyambut.Tapi melihat kesungguhan pada wajah itu,aku seakan tidak mampu menolak.Hulurannya ku sambut. “Insyaallah ,awak akan temui penyelesaian daripadanya.Paling tidak pun awak akan beroleh ketenangan.Selagi awak menghayatinya,bukan sekadar membacanya.”Selesai bicara si gadis hilang ditelan lautan manusia.Mungkin bergegas untuk selesaikan urusan laporan.Aku mengangkat bahu dan meneruskan perjalanan yang terjeda. Selesai menggalas perut dengan mihun dan air suam aku melangkah kekamar.Mataku terpandang Mushaf Al-Quran yang diberi gadis tadi.Entah mengapa tangan ku menggapai Mushaf tersebut.Ku usap lembut permukaan depan Al-Quran tersebut yang tertulis AL-Quran dan terjemahan.Masih baru.Kubelek perlahan helaian demi helaian..Pada sesetengah helaian terkepil kata-kata.Namun kata-kata itu sedikitpun tidak terconteng diatas Al-Quran,hanya dikepil disisinya sahaja. Tanganku terhenti pada ayat surah Ar-Ra’d 13:11 yg mengatakan; ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka.’ Jiwaku seakan tersentap,lebih-lebih lagi membaca patah yang terkepil di tepi Jadi apakah lagi alasan kita dihadapan Allah kelak untuk mengelak dari dihisab,sedangkan Allah terang-terangan menyuruh kita mengubah terlebih dahulu diri kita sendiri. Kata-kata itu ibarat panah-panah yang memanah hatiku.Sakit sekaligus menyedarkan aku hakikat sebuah kehidupan. Kubelek lagi secara rambang mencari nota yang ada.Pasti sekali setiap nota terkepil mempunyai kaitan dengan ayat-ayat yang bisa membuka jiwaku.Untuk membaca satu persatu ayat itu aku bimbang aku akan silap mentafsir ayat itu.Jadi aku memerlukan panduan untuk memahami maksud ayat itu memandangkan ini permulaan bagiku. ‘Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga ,padahal belum datang kepadamu (cubaan)sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya:bilakah datang pertolongan Allah?Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.’ Surah Al-Baqarah 2:214 Pernahkan kita ini terfikir,KENAPA kita diCIPTA?DARIMANA asal KITA?KEMANA halatuju kita KELAK?kadang-kadang kita terlupa bahawa dunia ini bukan apa-apa ,ianya hanya satu persinggahan yang sementara.Dunia ini ibarat medan perjuangan yang akan menentukan Kemenangan diakhirat kelak.Syurga mahupun Neraka. Akal waras ku umpama disimbah air dingin.Aku terenjat.Tidakkah sedari kecil aku telah dididik tentang dosa dan pahala?Bukankah disekolah guru turut memberi ajaran agama?Kenapa aku tega melupakan segalanya? “YA ALLAH,aku khilaf,,”Air mata merembas menuruni pipi.Kasih Sayang Allah itu amat Besar.Tinggal kita sahaja yang perlu mengingatinya.Hidayah Allah itu amat Luas,tinggal kita sahaja yang perlu memilih untuk menerima atau tidak. Langkah kuatur ketandas,membersih diri.Anggota wudhu’ ku sempurnakan sebaik mungkin.Alhamdulillah aku masih belum lupa ibadat asasku. Sempurna berpakaian aku menghampar sejadah menghadap kiblat.Takbir kuangkat penuh khusyuk menemui Sang Pencipta.Air mataku berlinangan menyedari betapa kerdilnya aku,seorang hamba.

Saturday 29 November 2014

INSAN BERIMAN

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… Seorang insan itu hatinya sering teruji dgn dunia menjadikan dirinya tergoda akan keasyikannya, Namun dia tidak membiarkan dirinya terusan tergoda kerana dia insan beriman.. Seorang insan itu hatinya sering berubah-ubah ke kiri ke kanan ke atas ke bawah, Saat hatinya tertolak ke bawah tidak dia rebah kerna iman,dia kembali pada Yang Maha Esa.. Seorang insan itu acap kali dia tersilap langkah menyebabkan dia tersesat dalam kebuntuan, Namun tidak dia kekal lumpuh kerana petunjuk Illahi sentiasa menyuluh jalan insan beriman.. Seorang insan itu sering terjatuh menarik kegelapan mampir kepadanya, Namun insan beriman tdk akn terserap ke dalamnya kerna Cahaya Illahi tidak akan pernah padam Bagai mentari memancar terang pabila malam terusan memancar melalui bulan.. Maka insan,Mari kita menjadi insan BERIMAN yg luar biasa hebatnya,disisi ALLAH S.W.T.. Namun iman sahaja tidak cukup untuk menjadi luar biasa,TAQWA juga perlu menjadi peneman setia,.. #MariMenjadiHamba_Yang Maha Berkuasa